PSGFM rakam ucapan takziah buat keluarga Omar Din

omar din meninggal dunia

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) merakam ucapan takziah buat keluarga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju yang kembali ke Rahmatullah di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur pada jam 3.20 pagi tadi.

al fatihah

Omardin adalah guru utama daripada PSSLM yang merupakan salah satu badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Tiga guru utama yang lain iaitu Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim (Pertubuhan Silat Gayong Malaysia) telah meninggal dunia pada 23 Jun 1991, Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia) telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1986 dan Allahyarham Tuan Guru Pendita Anuar Abdul Wahab AMN (Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia) telah meninggal dunia pada 10 Mac 2009.

Menurut sumer rasmi BHOnline, jenazah beliau akan dibawa ke Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Taman Sunway, Batu Caves, Gombak.

omar din
Setiausaha Agung PSGFM melawat Allahyarham Tan Sri Omardin Mauju semasa beliau dimasukkan ke IJN, Kuala Lumpur. Foto ihsan pusatcemerlangsilat.com

Jesteru itu, pihak PSGFM menyeru semua ahli untuk menghadiahkan doa kepada roh beliau. Semoga ALLAH SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan semoga Almarhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari ALLAH SWT.

Salam Takziah,

Admin PSGFM.

takziah omar din

Author: PemegangAmanah