PSGFM Makin Disegani

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah menjadi penaja rasmi Persidangan Antarabangsa MOHE2017 (4th International Conference on Movement, Health and Exercise 2017) yang diadakan pada 5-7 Disember 2017 bertempat di Berjaya Waterfront Johor Bahru, Johor.

Pihak PSGFM telah dijemput ke MOHE2017 untuk memperkenalkan jenama Silat Melayu di peringkat dunia akademik antarabangsa diketuai oleh Setiausaha Agung PSGFM, Grandmaster Tuan Guru Mohd Shahiid Elias bersama delegasi PSGFM yang lain.

Di samping itu juga Grandmaster (Scholar) Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie juga telah dijemput untuk mengendalikan sesi pembentangan kertas kerja  oleh pakar-pakar sukan antarabangsa.

Beliau telah membentangkan kertas kerja beliau bertajuk Effect of Circuit Training on Fighting Performance of Young Silat Athletes: A Case Study. Sesi petang tersebut menjadi menarik dengan perhatian ramai pakar-pakar sains sukan terhadap sukan silat. Grandmaster TG Dr Mohamd Nizam juga telah membentangkan kertas kerja bertajuk Activity Profile between Winners and Losers in International Silat Olahraga Matches.

Pembentangan kertas kerja ini menjadi perhatian dengan wakil KPT yang mendengar sesi tersebut dan bertanyakan soalan-soalan menarik mengenai sukan Silat.

Kerjasama di antara PSGFM dan KPT ini telah berjaya menarik perhatian ramai mengenai keperluan Sains Sukan dalam dunia persilatan Melayu. Kajian-kajian yang silat yang dipelopori oleh GrandmasterTG Dr Mohamad Nizam telah berjaya mengangkat dunia persilat ke tahap antarabangsa.

Tahniah PSGFM!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Author: PemegangAmanah