Piala Aminuddin Anuar 2017

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dengan kerjasama Akademi Silat Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Silat Tempur Piala Aminuddin Anuar 2017 di Shah Alam pada 15-16 Julai 2017.

Dijangkakan hampir 500 peserta dari seluruh negara akan menyertai pertandingan ini kerana hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000.00 bakal diraih oleh para pesilat cilik di Malaysia. Piala sempena Guru Utama PSGFM ini telah dimenangi oleh Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu pada tahun 2015.

Kepada para pesilat berumur 7-12 tahun dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Untuk menyertai pertandingan ini silat hubungi Cikgu Shahiid di talian – 010 309 2494.

Piala Aminuddin Anuar

Author: PemegangAmanah