Pertandingan Silat Tempur 2017

Masih ramai tidak mengetahui mengenai asas pertandingan silat tempr.

Silat Tempur adalah merupakan satu pertandingan di antara dua pesilat yang cuba menampilkan kaedah silat yang dipelajarinya di gelanggang silat ke dalam pertandingan.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai dan berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas. Oleh itu pertarungan Silat Tempur hanya menggunakan asas-asas serang bela di atas gelanggang berbentuk pelantar berukuran 2 meter x 9 meter. Bermakna serang dan sambut yang disertakan dengan serang balas dilakukan pada satu garisan lurus.

Seminar pertama silat tempur telah dibentangkan oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie (Pensyarah Kanan Sains Sukan) & Tuan Guru Mohd Shahiid Elias (Pengurus Pusat Cemerlang Silat & Guru Kanan PSGFM) di Universiti Malaya pada tahun 2013.

Maklumat lanjut di Silat Universiti Malaya.

 

 

Author: PemegangAmanah