Kongress Warisan Melayu Sedunia 2014

kongres warisan silat melayu sedunia 1

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang baru pulang dari 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014, Rzeszow, Poland telah dijemput untuk menjadi Rakan Strategik sempena Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 yang berlangsung di Matrade Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur pada 28-29 Oktober 2014.

Jemputan ini termasuk menyediakan ruang pameran seni mempertahankan diri Silat Melayu, mempamerkan hasil kajian penyelidikan bertaraf dunia Silat Melayu, membuat persembahan silat pada 5 sesi sepanjang dua hari kongres berlangsung, jemputan untuk menghadiri makan malam serta membuat persembahan utama Silat VIP kepada YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin.

Kongres kali ini membuka para peserta mengenai juga membuka mata para peserta bagaimana silat mampu menjana ekonomi negara. Selain itu, perkembangan bidang penyelidikan yang dilakukan mampu meningkatkan lagi mutu kualiti silat sama ada kaedah atu seni mempertahankan diri itu atau sukan silat itu sendiri.

Turut sama adalah Pakar Silat Sedunia, Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang baru segar membentangkan kertas kerja di Poland dan kini membentangkan kertas penyelidikan beliau di Pameran Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014. Beliau akan mempamerkan kajian beliau mengenai Perbandingan di antara Silat Tempur dan Silat Olahraga.

Kajian Silat

Pihak PSGFM juga berbesar hati apabila dijemput membuat persembahan khas di hadapan Perdana Menteri sempena perasmian kongres tersebut. Jemputan itu amat bertepatan dengan kejayaan pasukan silat PSGFM yang berjaya di Poland baru-baru ini.

persembahan silat sedunia psgfm

Untuk maklumat lanjut silat ke laman utama PSGFM di Kongres Warisan Melayu Sedunia.

Author: PemegangAmanah