Kelab Silat Shah Alam

poster kssa fees

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie akan membuka HUB Silat Malaysia di Shah Alam. Kelas Silat Dr. Nizam akan berlangsung pada setiap Jumaat, Jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Dewan Tanjung Seksyen 19, Shah Alam.

Sukatan pelajaran Silat berasaskan sains sukan akan diperkenalkan supaya memudahkan orang ramai memahami dan mempelajari Silat Malaysia dengan mudah dan berkesan.

Tuan Guru yang sebelum ini memperkenalkan produk mempelajari silat secara online kepada penggiat beladiri antarabangsa iaitu Silat For Beginners pada tahun 2012. Produk tersebut adalah yang pertama di dunia yang dihasilkan oleh warga Malaysia.

Jesteru itu, penduduk sekitar Shah Alam bertuah kerana mempunyai peluang mempelajari Silat secara langsung dengan Pakar Silat bertaraf antarabangsa ini. Bersama-sama kita memertabatkan Silat Malaysia sebagai beladiri rasmi bangsa Malaysia.

 

Author: PemegangAmanah