Kejohanan Silat Tempur Kebangsaan Piala Aminuddin Anuar

Aminuddin Anuar

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) akan menganjurkan Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2015 Piala Aminuddin Anuar. Sebarang maklum balas mengenai butir-butir kejohanan ini boleh didapati di laman web utama PSGFM di Laman Rasmi Silat Tempur 2015.

Berikut adalah butiran kejohanan yang lepas:

1. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 1 [Zon Tengah] – Berlangsung pada 11 hingga 13 april 2014 di Pusat Sukan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Bilangan peserta seramai 300 orang (20 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan].

2. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 2 [Zon Selatan] – Berlangsung pada 22 hingga 24 Ogos 2014 di Universiti Teknologi MARA, Seremban 3, Negeri Sembilan. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Bilangan peserta seramai 300 orang (20 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan]. Tujuannya untuk melahirkan pelapis silat sukan silat olahraga serta memahirkan pesilat remaja mengukuhkan kefahaman system pertandingan silat.

3. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 2 [Zon Timur] – Berlangsung pada 25 hingga 27 Disember 2014 di Kuantan, Pahang. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Bilangan peserta seramai 150 orang (10 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan]. Tujuannya untuk melahirkan pelapis silat sukan silat olahraga serta memahirkan pesilat remaja mengukuhkan kefahaman system pertandingan silat.

Jumpa di sana!

Author: PemegangAmanah