Kejayaan Pertama PSGFM: Penyelidikan Silat Melayu

Sejak mengambil-alih tampuk kepimpinan PSGFM daripada ayahanda beliau pada tahun 2009, Tuan Guru Utama Aminuddin Anuar telah menjelaskan mengenai perlunya Transformasi Silat Melayu yang akan membawa kemajuan Silat di peringkat antarabangsa.

Transformasi yang pertama adalah mengenai keperluan memperbanyakkan kajian dan penyelidikan Silat Melayu yang dapat membantu mengembangkan, mempromosi dan mengukuhkan Silat sebagai seni bela diri terbaik di peringkat dunia.

Sebelum ini, kajian ilmiah PSGFM hanya berpaksikan kepada Allahyarham Guru Utama Pertama iaitu Anuar Abdul Wahab AMN. Beliau banyak menjalankan kajian bersama dengan para jurulatih Pusat Cemerlang Silat, namun kekangan masa dan tanggungjawab beliau dalam PSGFM menyebabkan ramai pihak tidak  mengetahui wujudnya aktiviti ini dalam PSGFM.

Umum mengetahui bahawa ketika ini negara mengalamai kemelesetan ekonomi namun ini tidak boleh menjadi sebab untuk PSGFM bergerak maju ke hadapan dalam dunia penyelidikan Silat Melayu.

Walaupun dengan kekangan dana dan bantuan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun swasta, ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk PSGFM mempelopori bidang ini di peringkat dunia.

Usaha ini telah digalas oleh Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie sekembalinya beliau dari United Kingdom pada tahun 2012 selepas hampir 5 tahun menjalankan kajian Doktor Falsafah beliau di sana. Beliau adalah orang harapan Allahyarham  Anuar Abdul Wahab untuk menyambung kajian-kajian beliau yang dilakukan semasa hayatnya. Ini dinyatakan oleh Tuan Guru Tua, Salehuddin Abdul Wahab dan Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar dalam ucapan beliau di Mesyuarat Pra-Majlis Pertabalan Guru Utama 2013 di Hotel Equatorial, Bandar Baru Bangi.

TG Dr Nizam Shapie telah membentuk satu pasukan yang banyak membantu beliau dalam menjalankan kajian-kajian silat di peringkat nasional mahupun antarabangsa sejak 2012.

Antara kajian-kajian yang telah dilakukan adalah:

– KAJIAN SILAT

Silat European Tour 2016 : Kejayaan Silat Malaysia

 

– KAJIAN SILAT

Kajian Silat Bertaraf Dunia

– KAJIAN SILAT

Kajian Silat Antarabangsa

 

Kajian Silat di Kongres Warisan Melayu Sedunia

 

 

 

Untuk mengetahui pelbagai kajian-kajian yang telah dilakukan para pembaca bolehlah ke laman Kajian Silat Antarabangsa oleh TG Dr Nizam Shapie dan pasukan beliau. Banyak rintangan telah berjaya di atasi dan usaha ini diteruskan sehingga Silat Malaysia berjaya dikembangkan ke seluruh dunia.

Author: PemegangAmanah