Bengkel Sains Sukan – Silat Olahraga

Bengkel Sains Sukan – Notational Analysis dalam Silat Olahraga telah berlangsung di Akademi Silat Malaysia. Bengkel ini telah dijalankan oleh Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang merupakan pakar notational analysis dalam Sukan Silat Olahraga di peringkat antarabangsa.

Banyak metadologi kajian beliau telah diguna-pakai oleh para penyelidik untuk menganalisa prestasi atlit sama ada semasa mahupun selepas pertandingan. Diharapkan para peserta yang mengambil bahagian dalam bengkel kali ini mendapat banyak manfaat dalam kajian yang dilakukan.

Bengkel Pengenalan Sains Sukan – Analisa Prestasi Silat Olahraga

Author: PemegangAmanah