Bengkel Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia 2014

gendang 2014

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah mengadakan Bengkel Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia di Hotel Avillion, Port Dickson pada 5 hingga 7 September 2014. Sebagai perguruan yang berjaya membangunkan amalan permainan tradisi rakyat silat pulut, PSGFM berjaya melahirkan generasi muda sebagai pelapis yang dapat mengekalkan pergendangan silat Melayu yang dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.

Peralatan pergendangan silat Melayu tradisi terdiri daripada Gendang Ibu, Gendang Anak, Serunai dan Gong.

Usaha ini mendapat pengiktirafan apabila Pengarah JKKN Negeri Sembilan, Tuan Mohd Radzi Omar hadir bagi pihak Ketua Pengarah JKKN Dato’ Norliza Rofli hadir memberi sokongan.

Ikuti maklumat lanjut di laman utama Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia.

avillion hotel port dickson

Author: PemegangAmanah