ANUGERAH TOKOH SILAT NEGARA [ANUGERAH KHAS PSGFM]

Anugerah Silat Kebangsaan 2017 telah melabuhkan tirai pada 15 Julai 2017. Malam anugerah tersebut telah berlangsung di hotel bertaraf 5 bintang di Shah Alam iaitu Hotel Grand Bluewave. Majlis tersebut yang juga dikenali ASK2017 telah diserikan lagi dengan kehadiran YM Tuan Guru Utama, Aminuddin Hj Anuar yang hadir dari Sabah.

ANUGERAH TOKOH SILAT [ANUGERAH KHAS]

TAN SRI NORLIZA ROFLI

Anugerah ini diberikan kepada individu yang menyumbang bakti kepada program dan
pembangunan Silat Melayu dalam memertabatkan ibu budaya melayu iaitu
Silat Melayu di persada antarabangsa.

SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS!

SILAT – WARISAN BANGSA MALAYSIA

Author: PemegangAmanah