Anugerah Pakar Silat Malaysia

ANUGERAH PAKAR SILAT MALAYSIA

[TUAN GURU MOHD SHAHIID ELIAS]

Diberikan kepada individu yang aktif memberi sumbangan dan kepakaran dari segi ilmiah bertulis (pendidikan), keusahawanan, kebudayaan, kejurulatihan dan jaringan industri kepada PSGFM melalui aktiviti-aktiviti persilatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

SILAT – WARISAN BANGSA MALAYSIA

Anugerah Silat Kebangsaan 2017 telah melabuhkan tirai pada 15 Julai 2017. Malam anugerah tersebut telah berlangsung di hotel bertaraf 5 bintang di Shah Alam iaitu Hotel Grand Bluewave. Majlis tersebut yang juga dikenali ASK2017 telah diserikan lagi dengan kehadiran YM Tuan Guru Utama, Aminuddin Hj Anuar yang hadir dari Sabah.

BIODATA:

Menguruskan PUSAT CEMERLANG SILAT dan kelas-kelas di bawah kelolaan PUSAT CEMERLANG SILAT.

Bersama-sama dengan Guru Nizam dalam membangunkan Pusat Cemerlang Silat.

Sedang menghabiskan program Master di UiTM Shah Alam.

Berpengalaman dalam kejurulatihan Silat sejak tahun 2000 lagi.

Menumpukan pembangunan kelas Silat di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi

Author: PemegangAmanah