Services

   silat asia awards industry

“SILAT MERUPAKAN SATU PERKHIDMATAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA”

1. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia menawarkan perkhidmatan Pendidikan Silat yang menggunakan Kurikulum Seni Silat Malaysia yang dapat membina ketahanan pengamalnya secara zahir dan batin dengan nilai-nilai berlandaskan Sikap Pendekar di samping mengikuti aktiviti dan kokurikulum silat.

2. Apakah yang faedah perkhidmatan silat?

2.1. Peluang kerjaya selepas persekolahan atau kepada mereka yang berminat menjadikan silat sebagai kerjaya sepenuh masa. Kerjaya silat memberikan pendapatan yang setanding dengan lain-lain perkhidmatan.

2.2. Membentuk masyarakat cintakan seni budaya nasional, patriotik, perpaduan, ketahanan, semangat juang dan setia kepada bangsa dan negara,

2.3. Membentuk masyarakat berakhlak, bermoral, berdisiplin, beriman dengan lain-lain nilai murni seperti kerjasama, jujur, pengasih hormat, bijaksana, amanah, bertanggung jawab, kesedaran, bercita-cita, berani, yakin dan sebagainya. Dengan itu dapat membina serangan arus budaya kuning dan pengaruh ketagihan dadah, arak, seks rambang, malas, mencuri, rasuah, meragut, judi dan sebaginya.

2.4. Mewujudkan aktiviti dan kokurikulum silat yang boleh melibatkan semua peringkat ahli, pegawai teknik, pakar, masyarakat dan sebagainya seperti pertandingan, persembahan, seminar, pameran dan gotong royong.

2.5. Melahirkan pelapis dan bakal pemimpin dalam masyarakat yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam penglibatan diri dalam kerja-kerja sosial, sukan, budaya, kesenian selaku penggerak, pemimpin dan peserta secara langsung.

3. Apakah penyelesaian masalah perkhidmatan silat?

Silat dapat membantu negara dalam membentuk masyarakat yang kuat dan bersatu-padu, tanpa bersikap prejudis dan perkauman terhadap bangsa lain, serta menanam semangat cintakan negara.

silat terbaik