Sumbangan Tabung Silat Melayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Ramadan yang mulia ini, PSGFM menggerakkan tabung pembangunan T40P iaitu satu usaha untuk menambah dana pengembangan Silat Melayu. Adalah diharapkan semua ahli dapat bersama-sama membantu mengerakkan kempen ini.

T40P adalah usaha yang unik dimana setiap ahli masyarakat, korporat dan institusi swasta dan kerajaan boleh membantu menyokong pembangunan serta pengembangan pendidikan silat kepada warga Malaysia yang berminat dalam meneruskan kehidupan melalui peningkatan pendidikan silat. Kami berpegang teguh prinsip peningkatan kualiti dan kemakmuran hidup berteraskan kecemerlangan pendidikan silat Melayu.

Sebarang bentuk bantuan kewangan dan sumbangan boleh diberikan dengan nilaian bermula dari RM1.

Semoga kita dapat membantu PSGFM dalam memgembangkan Silat Melayu dengan lebih sistematik dalam usaha kita membantu memantapkan lagi jatidiri bangsa Malaysia.

T40P – Dana Silat Melayu Perlu Ditambah

Author: PemegangAmanah