Kenali Pengarang dan Penyusun Buku Silat

Kelihatan gambar para penulis buku Silat semasa berada di Eropah – dalam perjalanan mengendalikan bengkel Silat di Rzeszow. Bengkel dihadiri oleh pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain.

Buku Silat adalah merupakan karya yang dapat membuktikan penglibatan PSGFM dalam mendaulatkan Silat Melayu sebagai seni mempertahankan diri Malaysia.

Umum amat maklum bahawa Silat Melayu berasal dari Malaysia manakala Pencak Silat berasal dari Indonesia. Maka perbezaan ini dikupas dengan lebih lanjut dalam buku silat ini.

Penulis buku SILAT- WARISAN BANGSA MALAYSIA adalah:

1. Tuan Guru Utama Aminuddin Anuar (Guru Utama PSGFM) – merupakan anak kepada Pengasas PSGFM, Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN.

2. Tuan Guru Mohd Shahiid Elias – Pengurus Pusat Cemerlang Silat Malaysia, merupakan sebuah pusat latihan silat yang menjalankan pengurusan 50 gelanggang silat di seluruh Lembah Klang.

3. Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie – pengkaji dan Pakar Silat Malaysia.

Guru Utama Aminuddin Anuar (2009- kini)

Author: PemegangAmanah