Guru Tua PSGFM Meninggal Dunia

Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan bahawa Guru Tua Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia iaitu Tuan Guru Salehuddin Abdul Wahab telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Jenazah Almarhum kini berada di Hospital Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Tuan Guru Salehuddin adalah merupakan insan yang banyak berjasa dalam dunia persilatan khasnya Silat Melayu dan PSGFM. Beliau pernah menjawat jawatan pemangku Guru Utama PSGFM semasa ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab menyambung pelajaran ke USM. Beliau merupakan adik bongsu kepada Allahyarham Anuar Abdul Wahab (Guru Utama Pertama PSGFM, 1976-2009) dan Pak cik kepada Tuan Guru Utama YM Aminuddin Haji Anuar (Guru Utama Kedua PSGFM, 2009 – kini).

Beliau pernah mewakili negara selaku atlit Silat Olahraga Malaysia, ketua jurulatih PSGFM yang menjadi Juara Hatrik Pertandingan Silat Kebangsaan PESAKA dan jawatan terakhir sekali adalah sebagai Timbalan Pengerusi PSGFM (2013-2015) dan Timbalan Guru Utama PSGFM dalam perguruan.

Beliau telah banyak melahirkan juara-juara kebangsaan dan dunia dalam PSGFM. Jasa-jasa beliau amat dikenang kepada mereka yang amat rapat dengannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

JASAMU DIKENANG – ALLAHYARHAM TUAN GURU SALEHUDDIN ABDUL WAHAB

 

 

Author: PemegangAmanah