Avengers : Infinity War

 

Piala Aminuddin Anuar 2018 telah melabuhkan tirai pada minggu lepas.

Kini para pesilat bakal berentap pada pertandingan yang bertemakan – Avengers pada 5 Mei 2018.

Konsep pertandingan yang bakal diperkenalkan ini bakal menarik perhatian ramai pihak kerana konsep ini amat sesuai dengan citarasa pesilat kanak-kanak, remaja dan belia yang akan bertanding pada kejohanan ini sesuai dengan perkembangan ataupun konsep ADIWIRA yang menjadi trend semasa sejak 5 tahun yang lepas.

Selain itu juga, Kejohanan Silat Tempur kali ini bakal menyaksikan pertambahan pesilat dari luar negara. Pasukan Australia yang menjadi Juara Keseluruhan pada kejohanan minggu lepas telah menarik minat ramai pihak luar untuk beraksi dalam pertandingan ini termasuklah dari beladiri lain seperti TKD, Karate dan Muay Thai.

Selaras dengan perkembangan yang positif ini, sekali lagi pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) menjemput kepada semua yang berminat untuk menyertai KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN & JEMPUTAN ANTARABANGSA 2018 – Avengers: The Infinity War, yang bakal berlangsung di GRAND BALLROOM, SHERWOOD GATEWAY HOTEL, Bandar Baru Bangi pada 5 MEI 2018.

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 30 APRIL 2018.

Borang Penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi 019- 324 4038 / 013 – 589 2348 (Encik Mohamad).

Setakat ini sebanyak 5 pasukan telah mengesahkan penyertaan iaitu pasukan Selangor Warriors, Australia Fighters, Triple B The Champs, Putrajaya Hulk dan Kuala Lumpur Avengers.

Terkini pihak PSGFM telah menerima permohonan daripada Selangor Komando Troy untuk menyertai pertandingan kali ini bagi kategori Belia.

Hadiah kemenangan terkumpul sejumlah RM 20,000.00 bakal direbut oleh pesilat yang menyertai pertandingan pada tahun ini yang mula memperkenalkan sistem ranking dan seeded kepada pesilat yang bertanding.

Kepada yang masih berfikir jangan tunggu lama-lama kerana pihak PSGFM akan menutup permohonan lebih awak sekiranya melebihi 10 pasukan yang bertanding pada bulan Mei 2018.

Sehubungan dengan itu, pihak PSGFM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong program ini yang telah berjalan selama 5 tahun sejak mula diperkenalkan di peringkat kebangsaan pada tahun 2013.

Selamat Maju Jaya dan Jumpa ANDA di sana!

FATANI NUSA BAKTI

 

 

 

Author: PemegangAmanah