Selamat Hari Raya Eidul Adha 1434H

eid mubarak silat

Assalamualaikum w.b.t.,

Pihak pengurusan tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1434H kepada semua ahli yang beragama Islam.

Sejarah Hari Raya Eidil Adha bermula dari kisah Nabi Ibrahim yang membuatkan kita umat Islam kagum dan terharu mengenai pengorbanannya. Bukan harta benda, tetapi kasih kepada anaknya yang dianggap seperti nyawanya sendiri perlu di korbankan untuk yang Maha Esa.

Semasa beliau mendapat perintah oleh Allah s.w.t untuk menyembelih putera kesayangannya Ismail. Betapa sedihnya hati seorang ayah, yang puluhan tahun berdoa agar di kurniakan anak, dan doanya di makbulkan dalam usia yang lanjut hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar maka lahirlah Ismail (Ismail juga seorang Nabi) namun Ismail perlu dikorbankan di tangannya sendiri bagi mengikut perintah Allah.
Tersangatlah sayang Nabi Ibrahim terhadap anaknya. Selepas mendapat mimpi dan di dalam mimpi itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ibrahim berkata pada anaknya. “Wahai anakku, aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu, renungkanlah, apakah pandangan kamu?”

Dengan tenang Ismail meyakinkan ayahnya, “Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintahkan, ayah akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk di kalangan orang-orang yang sabar.”

Sifat yang ditunjukkan oleh Nabi Ismail yang meletakkan perintah Allah dan kewajipan mentaati ibu bapa sebagai perkara utama hingga sanggup menggadai diri sendiri dalam kesusahan, perlu dijadikan iktibar.

Semakin sedih hati Nabi Ibrahim, namun atas perintah Allah, beliau tetap akan melaksanakan suruhanNya. Berkorban walaupun atas sesuatu yang paling dia sayangi dan cintai. Walaupun di katakan gila oleh golongan-golongan yang membenci Nabi Ibrahim ketika itu.
Ikhlas melaksanakan perintah korban, Ismail juga dengan sabar menerima ketentuan itu dan Siti Hajar sang isteri tercinta juga rela dengan keputusan Allah hingga dia berjaya menepis hasutan syaitan yang berusaha menggodanya.
Dalam suasana yang penuh kesedihan itu, Nabi Ibrahim mencium dahi anaknya sambil bersedia untuk menyembelih Ismail di pangkuannya. Pada saat itu, dengan kuasa Allah leher nabi Ismail bertukar menjadi kibas (kambing biri-biri hitam).

Betapa bersyukurnya hati Nabi Ibrahim bahawa Allah ingin menguji keimanannya sama ada Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan harta yang paling disayanginya, dan sesungguhnya, segala apa yang ada pada kita bukanlah milik kita tetapi adalah hak Allah semata.
Oleh itu sewajarnyalah Eidul Adha disambut dengan penuh meriah sebagi tanda peringatan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail berjaya mengharungi ujian ketaatan kepada Allah itu dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Dan kita pula mestilah mengambil peristiwa itu sebgai pengajaran dan juga ukuran ketaqwaan kita kepada Allah.

Jesteru itu, marilah sama-sama kita mengambil pengajaran daripada peristiwa di atas sebagai pedoman kepada kita dalam memperjuangkan Silat sebagai bela diri rasmi Malaysia. Dalam mengenangkan pengorbanan yang dilakukan oleh para guru dan pejuang silat yang sanggup berkorban harta dan nyawa dalam membangunkan dan menegakkan keadilan di bumi bertuah ini. Pihak pengurusan PSGFM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan berusaha bersama-sama kami dalam membangunkan Silat kepada rakyat di Malaysia.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com