Salam Kemerdekaan 2015

Assalamualaikum & Salam Kemerdekaan ke 58,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya jua kita dapat bersama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 58, negara Malaysia tercinta.

Sesuai dengan slogan ‘Sehati Sejiwa’, marilah kita melihat kembali melihat susur  sejarah kemerdekaan yang kita kecapi pada hari. Usaha perjuangan ini adalah hasil daripada perjuangan generasi terdahulu bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Para pejuang kemerdekaan seperti Tun Perak di Melaka, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung, Mat Kilau, Mat Saleh, Tuan Guru Haji Hasan Monas @ Tok Janggut, Raja Haji dan ramai lagi berjuang menentang penjajah asing di Tanah Melayu bertuah ini demi masa depan anak bangsa mereka.

Mereka berjuang dengan penuh ketabahan, kesabaran dan kecintaan terhadap negara kita.

Semangat patriotisme memainkan peranan penting dalam menerap semangat nasionalisma iaitu semangat cintakan tanah air.

Sehubungan itu, pihak pengurusan tertinggi PSGFM mengambil inisiatif ini untuk bersama-sama semua ahli mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN yang berusaha keras memajukan Silat di Malaysia menerusi Kurikulum Seni Silat Malaysia pada tahun 2002 – 2007.

Kurikulum yang diwujudkan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persekutuan Kebangsaan Malaysia ini telah berjaya dijalankan dalam usaha negara memastikan silat tidak pupus pada suatu hari nanti.

Kejayaan telah dapat dilihat dalam 5 tahun pertama dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat di peringkat akar umbi (sekolah-sekolah dan universiti-universiti) dan disokong oleh guru-guru kanan dan mahaguru daripada pelbagai jenis silat di Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dilakukan termasuklah pertandingan-pertandingan silat, bengkel-bengkel silat, seminar dan banyak lagi. Usaha ini telah dipuji ramai kerana promosi silat di sekolah-sekolah berjalan dengan rancaknya dengan para jurulatih dibayar elaun oleh pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Penyatuan semua silat berasaskan 60% silibus Kurikulum Silat Malaysia & 40 % silibus silat perguruan masing-masing untuk setiap sessi pembelajaran ini telah memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya silat-silat kecil yang hampir pupus di Malaysia.

Kesatuan ini telah lama mewujudkan usahasama yang kukuh ‘Sehati Sejiwa’ dalam membangunkan silat di Malaysia.

Bersama-sama kita memertabatkan silat di tanah air keramat ini.

Salam Kemerdekaan…

FATANI NUSA BAKTI

kerjasama silat

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com