Kuasai Seni Silat Malaysia Tahap 1

bengkel silat tahap 1

Sejarah Seni Silat Malaysia

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) ialah satu organisasi yang membangunkan silat Melayu seperti yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadanan dengannya.

Silat Melayu atau silat asli tempatan versi Malaysia dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut. PSGFM telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat Melayu tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum siat yang dikenali kurikulum seni silat Malaysia, pengasas dan penyusunnya ialah Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN.

Kurikulum Silat ini adalah hasrat antara Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka). Ia bertujuan untuk membangunkan silat dan pertandingan silat seni di sekolah.

Setelah dipinggirkan oleh Pesaka, kurikulum silat ini dipulangkan kepada Tn.Hj Anuar Abd.Wahab dan diperturunkannya kepada PSGFM.

Kurikulum silat pertama dihasilkan dalam dunia persilatan Melayu mendapat pengiktirafan KeKKWa dapat mengekalkan keaslian silat Melayu dan memacu pembangunkan silat.

Pendidikan silat PSGFM membolehkan semua pelajar dari berbagai kaum, budaya dan kepercayaan dapat mempelajari, mengamalkan dan mengikuti aktiviti silat dengan yakin tanpa was-was.

Di samping itu, pendidikan silat dapat memupuk nilai-nilai murni seperti jati diri, berani, bijaksana, perpaduan, patriotisme, ketahanan, kesetiaan dan cintakan silat sebagai seni bela diri rasmi warisan Malaysia seawalnya dari bangku sekolah.

ProgramĀ ini mencadangkan kerjasama PSGFM dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membangunkan silat di sekolah sebagai meneruskan program pembangunan silat KeKKWa dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kerjasama ini sebagai usaha memartabatkan Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi yang dicatatkan dalam Akta Warisan Negara.

UNTUK MENDAFTAR BENGKEL SENI SILAT MALAYSIA TAHAP SATU SILA KLIK DI SINI!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com