Bengkel Bela Diri Peringkat Kebangsaan

September 16th, 2013

Written by: admin

Salam & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan Bengkel Bela Diri Peringkat Kebangsaan akan diadakan oleh Universiti Malaya, Kuala Lumpur anjuran Kelab Silat Universiti Malaya.

Acara yang mendapat sokongan pihak Hel Ehwal Pelajar, Majlis Belia Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini akan menampilkan Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie yang akan membentangkan kertas kerja dan memberikan bengkel asas bela diri kepada para peserta mengambil bahagian.

Jesteru itu kepada semua pelajar PCS yang ingin mengambil bahagian dinasihatkan menghubungi jurulatih masing-masing untuk mendaftarkan diri anda dalam acara ini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai acara ini:

Tarikh & Hari: Sabtu (21 September 2013)

Masa: 9 pagi – 4.30 pagi

Lokasi: Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Penceramah & Pengendali Bengkel: Tuan Guru Dr. Mohamad Nizambin Mohamed Shapie [Pakar Silat PSGFM & Malaysia]

Tentatif Program:

08:15 – 08:45 pagi: Pendaftaran Peserta
09:00 – 09.20 pagi: Pembentangan Kertas Kerja: Silat sebagai Seni Beladiri Malaysia oleh Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UITM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
09.20 – 09.30 pagi: Senaman dan Regangan Latihan Beladiri
09.30 – 10.30 pagi: Bengkel Asas Beladiri 1: Elakan, Gelek & Hambat.
10.30 – 11.30 tengahari : Bengkel Asas Beladiri 2: Hukum Jarak & Teknik dan Jenis Pertahanan Diri
11:30 – 12:30 tengahari : Bengkel Asas Beladiri 3: Tangkisan, Tangkapan & Serangan Balas
12:30 – 2:00 petang: REHAT
02:00 – 3:00 petang: Bengkel Asas Beladiri 4: Menangani Serangan Senjata
03:00 – 03:45 petang: LDK dan Persembahan Kumpulan
03:45 – 04:00 petang: Majlis Penutup, Penyampaian Sijil & Sesi Bergambar
04:00 petang: Bersurai

* Para peserta dinasihati memakai pakaian yang longgar untuk memudahkan pergerakan anggota badan semasa bengkel dijalankan. Harap Maklum.

poster silat

View the original article here

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com