Sokongan Terhadap PSGFM

Pada 26 Disember 2014 yang lalu, pihak PSGFM telah dihubungi oleh En Aziwahija, iaitu salah seorang dari bekas ahli PSGFM. Beliau telah menghubungi Tuan Guru Aminuddin bin Hj Anuar, iaitu Guru Utama PSGFM, untuk bertanya khabar serta menyatakan sokongan terhadap segala program yang telah dianjurkan oleh pihak PSGFM selama ini.

Beberapa perkara telah dibincangkan bersama Guru Utama, dan Guru Utama telah memberi pandangan serta buah fikiran, serta mengalu – alukan sebarang kerjasama serta idea, untuk memajukan lagi PSGFM.

Kerjasama seperti inilah yang perlu dari semua pihak, agar bersama – sama membantu dan berganding bahu dalam memajukan arena persilatan di negara kita. Bak kata pepatah, ” berat sama dipikul, ringan sama dijinjing “. Pihak PSGFM mengucapkan selamat dan semoga beliau lebih berjaya di masa – masa yang akan datang.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com