Selamat Menyambut Hari Raya Haji 2015

Assalamualaikum,

Pihak Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan Selamat Menyambut  Aidil Adha 1436 H kepada semua umat Islam yang menyambut hari kemenangan tersebut.

Aidil Adha atau Idul adha  ini adalah hari setiap umat Islam dituntut melaksanakan ibadah haji. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk ke tanah suci, maka pada hari ini kita berhimpun, bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat sunat iduladha.

Hari Raya Korban bermakna pengorbanan yang berlangsung pada setiap 10 Dzulhijah. Pengorbanan itu membawa maksud yang cukup mendalam kepada setiap orang muslim di mana sifat tawadhu atau sikap merendah hati dan ikhlas dituntut dalam mencipta semangat tolak-ansur yang kuat dan kukuh di antara sesama muslim.

Di saat ini juga, umat Islam di seluruh dunia melaksanakan beberapa amal ibadat yang berhubungan dengan idul adha dan qurban.

Aidiladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan.

Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan Baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.

Dalam konteks dunia persilatan, pihak PSGFM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh semua individu dan agensi yang terlibat dalam memertabatkan silat ke peringkat nasional dan antarabangsa. Sumbangan dana, masa, tenaga dan sokongan dari masa ke semasa dapat membantu pihak PSGFM dalam memertabatkan silat ke tahap tertinggi.

Segala kejayaan yang diperolehi dalam masa 2 tahun ini diterajui oleh Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Anuar yang telah berjaya membentuk satu pasukan yang benar-benar mantap dalam menyusun gerak kerja PSGFM.

Di antara program-program ini adalah:

KONGRES & PAMERAN WARISAN MELAYU SEDUNIA
MECC, MATRADE, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
28-29TH OCTOBER 2014

kongres warisan melayu sedunia 1

3RD MARTIAL ARTS GALA & 4TH WORKSHOP OF MARTIAL ARTS
at 3RD WORLD SCIENTIFIC CONGRESS OF COMBAT SPORTS AND MARTIAL ARTS
UNIVERSITY OF RZESZOW, RZESZOW, POLAND
15-17TH OCTOBER 2014

persembahan silat vip

KURSUS PERGENDANGAN MUZIK SILAT BAKU MALAYSIA
AVILLION HOTEL, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
5TH – 7TH SEPTEMBER 2014

dr nizam shapie

KEJOHANAN SILAT TEMPUR PERINGKAT (KEBANGSAAN ZON SELATAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SEREMBAN 3
22-24TH AUGUST 2014

Nur bergambar bersama piala kemenangan pasukan Malaysia.

Nur bergambar bersama piala kemenangan pasukan Malaysia.

HARI KERJAYA INDUSTRI SUKAN UNIVERSITI MALAYA
SPORT CENTER, UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
30TH APRIL 2014

ASIA PACIFIC CONFERENCE ON PERFORMANCE ANALYSIS OF SPORT (APCPAS 2014)
HOLIDAY VILLA, LANGKAWI
21-24TH APRIL 2014

sidang media psgfm

KEJOHANAN SILAT TEMPUR PIALA JEMPUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON TENGAH)
UNGKU AZIZ RESIDENTIAL COLLEGE,
UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
12-14TH APRIL 2014

MAHABBAH KASIH BERSAMA ANAK YATIM
ORGANIZED BY CSE 1022 (SENI SILAT) USIM CO-CURRICULUM STUDENTS
PORT DICKSON GOLF & COUNTRY CLUB
21ST DECEMBER 2013

seni_gayung_fatani (49)

KARNIVAL SENI BELA DIRI NEGERI SEMBILAN
SMK TUN ABD RAHMAN, GEMAS, NEGERI SEMBILAN
13TH DECEMBER 2013

WELLNESS X’12
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
23RD AUGUST 2013

BENGKEL BELA DIRI DARI PERSPEKTIF SENI SILAT MELAYU (PERINGKAT KEBANGSAAN)
UNGKU AZIZ RESIDENTIAL COLLEGE,
UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
21ST SEPTEMBER 2013

JEMPUTAN PERSEMBAHAN MAJLIS SUA RAYA UiTM SHAH ALAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM
23RD AUGUST 2013

SEMINAR & BENGKEL SILAT TEMPUR PERINGKAT KEBANGSAAN
UNGKU AZIZ RESIDENTIAL COLLEGE,
UNIVERSITY OF MALAYA, KUALA LUMPUR
30TH JUNE 2013

silat asia awards industry

Sumbangan yang diberikan oleh semua pihak amat dihargai sehingga PSGFM dinobatkan sebagai Organisasi Sukan Silat Terbaik Tahun 2015 di peringkat Asia. Kejayaan ini tidak datang bergolek tetapi atas usaha dan pengorbanan setiap pihak yang berusaha dalam memertabatkan Silat Melayu sebagai Silat Malaysia.

Tahniah semua.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com