PSGFM Selaku Panel di Hari Kerjaya Industri Sukan Universiti Malaya

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Pihak PSGFM telah dijemput selaku panel pembentang di Hari Kerjaya Industri Sukan di Universiti Malaya. Program ini telah berlangsung pada pada 30 April 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Kuliah A dan B, Pusat Sukan Universiti Malaya. Program yang berlangsung selama lima jam tersebut memberi pendedahaan tentang peluang-peluang kerjaya yang dapat diceburi khususnya oleh mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil jurusan Sains Sukan.

hari kerjaya sukan um  hari kerjaya sukan um_2

PSGFM telah dijemput selaku tetamu kehormat untuk membentangkan mengenai peluang-peluang kerjaya dan prospek untuk para pelajar sains sukan dari USM, USIM, UITM, UPM, UPNM dan juga kolej-koleh swasta untuk menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja dalam industri Silat di Malaysia.

hari kerja sukan um (19)

PSGFM telah diwakili oleh Tuan Guru Mohd Shahiid Elias merangkap selaku Setiausaha PSGFM dan juga Pengurus Besar PCS, Malaysia telah menerangkan dengan jelas kepada para pelajar tentang bagaimana untuk merebut peluang kejaya Silat yang disediakan oleh PSGFM.

hari kerja sukan um (9)

Di antara organisasi dan syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam seminar ini adalah Nike, MSN, Astro, Stadium First dan juga Sepang International Circuit.

Tuan Guru Mohd Shahiid Elias juga menerangkan bagaimana beliau bekerjasama dengan Pakar Silat Malaysia dan Antarabangsa, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie untuk melahirkan satu pasukan professional & usahawan di dalam industri Sukan Silat. Beliau juga menjelaskan bagaimana pihak PSGFM telah bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian di Malaysia dalam menjayakan aktiviti-aktiviti berfaedah untuk membentuk belia yang sihat dan cemerlang.

hari kerja sukan um (8)

Sesi penerangan PSGFM telah mendapat sambutan yang meriah dan menarik perhatian para pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain apabila Tuan Guru Mohd Shahiid menjelaskan bahawa pihak PSGFM akan memberikan imbuhan kepada para pelajar yang menjalani latihan industri di PSGFM. Soalan-soalan yang diterima amat menarik dan membuka minda para pelajar mengenai peluang dan prospek untuk berjaya dalam industri Sukan Silat di Malaysia.

hari kerja sukan um (15)

Motto ‘SILAT UNTUK SEMUA’ telah mengambarkan bagaimana tiada lagi jurang yang timbul untuk mempelajari dan berkecimpung dalam industri Silat kepada mereka yang bukan berbangsa Melayu. Ini terbukti dengan penerimaan masyarakat antarabangsa untuk mempelajari dan mengembangkan silat di luar negara.

Syabas diucapkan kepada Tuang Guru Mohd Shahiid Elias di atas usaha yang telah beliau curahkan dalam melahirkan generasi belia yang maju dan gemilang dalam sebarang bidang yang mereka ceburi.

-FATANI NUSA BAKTI-

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com