PSGFM ke Manila Selaku Silat Terbaik Di Asia

asia best silat awards

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam atau Gala Night Dinner pada 2 Oktober 2015 untuk mendapat Anugerah Industri Sukan Asia 2015 bagi kategori Organisasi Sukan Terbaik Tahun 2015.

PSGFM adalah satu-satunya wakil Malaysia yang disenarai pendek bersama-sama lapan organisasi lain seperti Sunrise Events, Inc., Gymnastic Association of the Philippines, Hong Kong Ultra Marathon Association Limited, Primer Group-DC (Philippines), Sporting Republic (Singapore), Wrestling Association of the Philippines and XLE Group (Vietnam).

Majlis yang akan berlangsung di New World Hotel, Makati Manila pada 2 Oktober 2015 ini dianjurkan oleh MMC Sportz  dan Sport 360.

Majlis Tertinggi pihak PSGFM telah memutuskan bahawa Tuan Guru Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie akan mengetuai delegasi pegawai PSGFM ke Manila pada 1 Oktober 2015 untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Guru Dr. Nizam bergambar di tempat penginapan rasmi delegasi Malaysia di Hotel Hilton Garden Inn, Rzeszow, Poland.

Guru Dr. Nizam bergambar di tempat penginapan rasmi delegasi Malaysia di Hotel Hilton Garden Inn, Rzeszow, Poland.

TG Prof Dr Mohamad Nizam yang kini bertugas di Shah Alam adalah merupakan calon yang layak untuk mengetuai PSGFM ke Malam Anugerah tersebut berdasarkan kebolehan dan pengalaman beliau dalam merancang dan menjalankan sesuatu program sehingga berjaya. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam usaha mendapatkan pengiktirafan antarabangsa ke atas Silat Malaysia.

Beliau adalah merupakan pakar silat kepada PSGFM yang merupakan penasihat dan pengasas pertandingan sukan Silat Tempur di Malaysia, pakar rujuk untuk program yang berjaya melonjakkan imej Silat di mata dunia iaitu Silat European Tour 2014 di Poland, serta pengkaji sukan silat di peringkat antarabangsa. Banyak kajian-kajian beliau telah dirujuk oleh ramai pengkaji seni mempertahankan diri di eropah.

Dr Mohamad Nizam juga adalah merupakan satu-satunya pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejurulatihan sukan silat daripada University of Wales, United Kingdom. Beliau menggalakkan ramai anak murid beliau di universiti untuk melakukan kajian-kajian dalam silat untuk memertabatkan silat di dalam bidang akademik dan ke peringkat antarabangsa.

gambar beramai silat tempur

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland.

Jesteru itu, pihak PSGFM mengucapkan Tahniah kepada beliau di atas lantikan ini. Sama-sama kita berdoa agar PSGFM terus maju mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Dr. Nizam

psgfm terbaik di asia

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com