PSGFM ke Eropah

PSGFM in europe.

Assalamualaikum w.b.t. / Salam Sejahtera,

Dengan rasa rendah diri dan syukur di atas kurniaan Allah s.w.t. dimaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia [PSGFM] telah dijemput untuk membuat bengkel dan pertunjukan Silat Melayu di Eropah. Program ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung PSGFM, Tuan Guru Mohd Shahiid bin Elias.

Menurut kata-kata Setiausaha Agung tersebut, pihak PSGFM telah menerima undangan secara bertulis dan menjadi satu-satunya seni mempertahankan diri dari Asia Tenggara untuk mempersembahkan persembahan silat bersama-sama beladiri Jepun, Ukraine, Korea dan Sepanyol. Undangan tersebut datangnya daripada pakar-pakar seni mempertahankan diri dunia sempena Konvesyen Seni Mempertahankan Diri Dunia 2014 (Rusia). Konvensyen selama tiga hari tersebut akan berlangsung pada bulan November 2014.

Tambahan pula, pakar silat Malaysia iaitu Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie telah dijemput untuk membentangkan kajian sains sukan (silat olahraga) beliau di konvesyen tersebut. Dr. Nizam juga dijemput untuk membentangkan konsep paper – Silat Malaysia. Manakala Tuan Guru Aminuddin bin Haji Anuar akan mengetuai pasukan Malaysia/PSGFM untuk membuat persembahan Silat Melayu berimpak tinggi di sana.

Pihak PSGFM mengucapkan terima kasih di atas segala sokongan yang oleh semua pihak selama ini kepada kami

Jesteru itu, pihak PSGFM akan membuat beberapa siri temuduga dan saringan untuk memilih para pesilat dan wakil PSGFM ke Eropah. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias di talian – 017-344 6272.

Sekian, harap maklum.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com