Persembahan Bersenjata di Bulan Inovasi UITM 2015

IMG-20151229-WA0007_resized

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah dijemput oleh UiTM untuk membuat persembahan Silat Melayu Bersenjata sempena Malam Kemuncak Bulan Inovasi UITM 2015 yang telah diadakan pada 23 Disember 2015 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.

IMG-20151221-WA0034_resized

Berikut adalah pengenalan dan penutup sempena persembahan yang telah beliau lakukan.

Pengenalan.

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia adalah merupakan Seni Silat Melayu Asli yang juga dikenali sebagai Gayung Pulut ataupun Ibu Gayung (Ibu Silat) atau ringkasnya SILAT. Seni silat yang dahulunya dikenali sebagai seni perang Melayu asli telah wujud sejak hampir 6,000 tahun yang lalu.

Pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasminya pada tahun 1976 di Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Seni Gayung Fatani adalah merupakan juara keseluruhan 3 tahun berturut-turut (hatrik) di kejohanan silat kebangsaan. Pertubuhan ini melahirkan ramai juara silat kebangsaan dan antarabangsa.

Guru utama yang pertama adalah Allahyarham Pendeta Anuar Abdul Wahab yang merupakan pakar silat Sesepuh peringkat antarabangsa Persekutuan Silat Sedunia (best of the best Grandmaster of the World) pada tahun 1995. Beliau juga adalah merupakan pencipta, pengasas dan penyusun kurikulum Seni Silat Malaysia yang diguna pakai di sekolah-sekolah mulai 2002 di seluruh Malaysia. Beliau meninggal dunia pada tahun 2009 dan digantikan oleh anak sulung beliau iaitu Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar.

Pertubuhan ini telah melahirkan pakar silat dunia pertama yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejurulatihan Sukan yang kini berkhidmat di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam iaitu Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Beliau akan membuat persembahan bersama-sama apprentice beliau iaitu Saudara Hazim Samsudin, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Seremban 3 yang mewakili Malaysia ke 3rd World Martial Arts Gala, di Poland pada tahun 2014. Seni Gayung Fatani menyahut cabaran transformasi aqliyyah melalui persembahan silat dan workshop Silat For Beginners kepada 10 orang pakar seni tempur asing yang unik di antara guru dan murid pada pagi yang berkat ini. Sama-sama kita saksikan.

IMG-20151223-WA0013_resized

Skrip Penutup

Untuk maklumat Tan Sri Naib Canselor serta hadirin sekalian, sistem latihan silat online ini dinamakan SILAT FOR BEGINNERS telah dibangunkan dalam kajian Virtual Silat – Web Based Coaching Service oleh sekumpulan Penyelidik yang diterajui oleh Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang juga merupakan Pakar Silat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dan juga Pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah. Pembangunan sistem ini oleh Dr. Mohamad Nizam bernilai RM 50,000 selama 6 bulan (DIBAYAI OLEH SUMMIT FEATURES SDN BHD).

Hasilnya telah membawa empat orang pesilat yang baru belajar bersilat di UiTM dalam masa 7 hari menggunakan sistem ini mewakili Malaysia ke 3rd World Martial Arts Gala, di Poland dan meraih Best Martial Arts Performance pada acara tersebut.

Sistem ini telah mendapat hak cipta dan telah memenangi pingat emas di RISE 2015 dan Teaching Aid Competition 2015 Langkawi, Kedah. Ini adalah satu contoh’Transformasi Aqliyyah’ yang menginovasi Silat & Teknologi dalam memertabatkan Silat di UiTM ke peringkat antarabangsa.

View the original article here

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com