Kursus Pergendangan Muzik Silat Baku 2014

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) telah mengadakan Kursus Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia 2014 (Zon Selatan) pada 5-7 September 2014 bertempat di Hotel Avillion, Port Dickson Negeri Sembilan. Kursus tersebut melibatkan seramai 25 orang peserta dari seluruh negara yang terpilih untuk menghadiri kursus bertaraf lima bintang ini dalam usaha pihak PSGFM memertabatkan seni budaya negara.

Menurut Setiausaha Agung PSGFM, Tuan Guru Mohd. Shahiid Elias, PSGFM merupakan aliran perguruan yang mengamalkan silat Melayu tradisi yakni silat asli tempatan yang mengekalkan penggunaan pergendangan silat dalam persembahan dan pertandingan silat Melayu. Pergendangan silat dapat melahirkan masyarakat pewaris yang cintakan seni muzik tradisi budaya bangsa Malaysia.

Sebagai perguruan yang berjaya membangunkan amalan permainan tradisi rakyat silat pulut, PSGFM berhasrat untuk melahirkan generasi muda sebagai pelapis yang dapat mengekalkan pergendangan silat Melayu yang dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia. Peralatan pergendangan silat Melayu tradisi terdiri daripada Gendang Ibu, Gendang Anak, Serunai dan Gong.

Bagi tujuan tersebut, maka menjadi tanggung jawab bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan PSGFM untuk melahirkan generasi muda mahir Muzik Silat Baku Malaysia, kata Mohd Shahiid lagi.

Usaha ini mendapat pengiktirafan apabila Pengarah JKKN Negeri Sembilan, Tuan Mohd Radzi Omar hadir bagi pihak Ketua Pengarah JKKN Dato’ Norliza Rofli hadir memberi sokongan.

Beliau juga memberi kepercayaan kepada pihak PSGFM untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti budaya (silat) di Negeri Sembilan bagi meningkatkan lagi kesedaran awam mengenai pentingnya memelihara budaya Melayu dalam konteks persilatan itu sendiri.

Kursus Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia2014

Kursus sepanjang 3 hari ini telah diterajui oleh Guru UTAMA PSGFM, Tuan Guru Aminuddin bin Haji Anuar selaku penceramah utama. Beliau telah ‘menurunkan ilmu’ gendang beliau yang dipelajari secara langsung daripada ayahanda beliau iaitu Allahyarham anuar Abdul Wahab AMAN (Guru Utama 1 PSGFM, 1946 – 2007) .

Selain itu juga, matlamat utama kursus ini ialah melahirkan generasi muda sebagai pelapis dari perguruan silat yang menjadi tulang belakang pembangunan dan perkembangan pergendangan silat Melayu di Malaysia.

Walaupun terdapat pengamal pergendangan silat di kalangan masyarakat desa, tetapi amalan ini beransur sepi kerana tidak mempunyai organisasi dan matlamat dalam pembangunan pergendangan silat di peringkat negara dan antarabangsa, kata Tuan Guru Aminuddin.

Beliau juga menambah, usaha pembangunan silat tersebut menjadi tanggung jawab bersama yang diwakili oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan PSGFM. Di samping itu dapat melahirkan pemain Muzik Silat Baku Malaysia yang boleh dijadikan lambang warisan muzik silat versi Malaysia.

 Guru Utama PSGFM  Tuan Mohd Radzi Omar

gendang (17)  gendang (1)

Guru Utama PSGFM  gendang silat

gendang silat psgfm gendang silat psgfm gendang (25) gendang silat avillion

Diharapkan segala usaha dan program yang dilakukan oleh pihak PSGFM diterajui oleh Tuan Guru Utama Aminuddin Anuar dibantu oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias dapat memertabatkan silat ke peringkat antarabangsa demi memelihara seni warisan bangsa Melayu yang hebat ini.

Segala usaha yang dimulakan oleh Allahyarham Anuar Abdul Wahab semenjak 50 tahun yang lepas telah mula menampakkan hasilnya dengan gandingan ahli jawatankuasa pusat yang bekerja siang malam dalam mengharumkan nama Silat Malaysia di peringkat antarabangsa. Sewajarnya pihak kementerian dan kerajaan Malaysia menghargai usaha murni ini dengan memberikan segala bantuan dan kerjasama dalam memastikan budaya Melayu terpelihara selaras dengan prinsip 1 Malaysia, Pencapian didahulukan, Rakyat diutamakan.

PSGFM telah membuktikan bahawa pertubuhan ini serius dalam menjaga dan memertabatkan SILAT selaku seni beladiri rasmi bangsa Malaysia.

Tahniah kepada semua yang terlibat!

gendang silat jkkn

gendang silat 101

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com