Kerjasama PSGFM dan PESAKA

Pada 14 Mac 2014, jam 9:00 PM, Kelab Silat Universiti Malaya (KSUM) telah menerima satu kunjungan khas daripada pihak Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang bertempat di Bilik Inderasari, Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ).

Turut hadir adalah YB Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Omardin, selaku Senator di Dewan Negara merangkap Setiausaha Agung PESAKA. Tujuan kunjungan adalah bagi menghadiri Sesi Pembentangan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan bagi menerangkan segala informasi berkaitan Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan di Dewan Pendeta, KUAZ pada 11 – 13 April 2014.

PESAKA Silat

Duduk dari Kiri: Encik Mohd Mustafa (Pengerusi KSUM), Tuan Guru Mohd Shahiid Elias, YB Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Omardin. Berdiri di belakang: Ahli KSUM berbaju hitam, di tengah: Encik Shaffie Omar (S/U Eksekutif PESAKA) — at Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) Universiti Malaya.

Saya selaku wakil jawatankuasa KSUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku Jurulatih Utama KSUM, Tuan Guru Mohd Shahiid Elias selaku Setiausaha Agung Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (penasihat jurulatih KSUM), pihak KUAZ, terutama Dr. Nadhratul Wardah Haji Salman, selaku Pengetua KUAZ merangkap Mentor KSUM, dan tidak lupa juga kepada pihak JTK KUAZ yang banyak memberi sokongan. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Hasil kunjungan khas tersebut, secara tidak langsung dapat menaikkan nama KUAZ di mata barisan pemimpin negara dan di mata awam. Jadi saya menyeru agar kita dapat sama-sama meningkatkan prestasi KUAZ serta menaikkan namanya di bawah aliran dan bidang masing-masing. In sha Allah.

Sekadar perkongsian dan pembakar semangat KUAZ Spirit KUAZ.

Yang benar,
Muhammad Salehin Ramli

Sumber berita : Kolej Kediaman Ungku Aziz, UM

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com