Kajian Silat Antarabangsa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan pengiktirafan antarabangsa yang telah diberikan kepada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie. Kajian beliau telah diterbitkan dalam journal Journal of Combat Sports and Martial Arts antarabangsa pada jilid pertama tahun 2013 iaitu Activity profile during action time in national silat competition. Manakala kajian bertajuk Development of new field-based tests of kick and movement speed in youth martial arts juga telah diterbitkan pada jilid kedua tahun 2013.

kajian silat

 

kajian silat antarabangsa 2

Kajian bertajuk Development of new field-based tests of kick and movement speed in youth martial arts ini adalah bertujuan untuk membangunkan ujian tendangan dan kecepatan pergerakan spesifik yang berkaitan dengan sukan seni seni mempertahankan diri (silat). Kajian yang dilakukan bersama pakar-pakar sains sukan di United Kingdom ini akan memberikan maklumat berguna kepada para jurulatih silat mengenai keberkesanan tendangan dan kepantasan pergerakan dalam silat olahraga. Di samping itu juga, kajian ini memberikan petunjuk bagaimana untuk membezakan kebolehan para petanding remaja mengunakan ujian kecergasan yang bersesuaian dengan sukan seni mempertahankan diri.

Kajian Silat bertaraf dunia ini diharapkan boleh membantu para jurulatih meningkatkan lagi mutu sukan silat olahraga di Malaysia. Kegagalan para jurulatih menilai dan menganalisis persembahan atlit semasa di dalam latihan dan pertandingan akan menyebabkan para atlit tidak memahami kemampuan dan kelebihan teknik tendangan dan pergerakan yang sesuai dengan diri masing-masing.

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan berterusan Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie dalam membangunkan dan mengembangkan Sukan Silat Olahraga di peringkat antarabangsa melalui kajian-kajian bermutu tinggi yang boleh diguna-pakai dalam bidang sukan seni mempertahankan diri.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com