Bengkel Silat Tahap Satu

Pihak PSGFM memberi peluang kepada semua yang berminat untuk menguasai ilmu seni beladiri Melayu. Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap Satu bakal diadakan pada setiap bulan sepanjang tahun 2017.

Bengkel selama dua hari ini bakal memberikan penerangan yang jelas mengenai apa itu sistem latihan Seni Silat Melayu yang telah diiktiraf sebagai seni beladiri rasmi Malaysia.

Para peserta boleh menyertai bengkel ini kerana ia terbuka kepada semua pihak tidak mengira bangsa, agama dan negara. Ikuti maklumat lanjut di bawah:

Bengkel Silat Tahap 1

 

Sebahagian peserta yang mendokumentasi pergerakan dan teknik-teknik silat yang dilatih oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com