Tahniah PSGFM di Asia Sports Industry Awards

Guru Amin

Bersyukur saya kepada Ilahi kerana kerana limpah dan kurnia-Nya kita semua telah bekerja dan berjaya menyempurnakan tugas memajukan program SILAT seperti mana yang telah diamanahkan.

Buat julung-julung kalinya Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah dicalonkan sebagai penerima anugerah SPORT ORGANIZATION OF THE YEAR oleh MMC Spotz pada Malam Anugerah Gala, Asia Sports Industry Awards 2015 yang akan berlangsung di Manila, Filipina.

Terima kasih dan kalungan bunga saya kepada ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli PSGFM yang telah memberi komitmen dan profesional dalam membangunkan pengurusan, aktiviti dan program PSGFM.

Secara tidak langsung kita PSGFM “We are the best SILAT association in ASIA 2015” dan ini adalah satu bukti yang jelas bahawa kita telah mampu dan berjaya mengurus PSGFM kepada tahap yang sebenar yang diinginkan kita semua.

Sekian, Terima kasih.

Tuan Guru Aminuddin Bin Anuar (Guru Utama PSGFM)
12 Sept. 2015

silat asia awards industry

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com