Salam Aidilfitri 2015

salam aidilfitri

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sebulan berpuasa, kini Syawal muncul kembali.

Segala pengorbanan dan ibadah yang dilakukan semasa di bulan Ramadhan memberi pengajaran dan perangsang kepada kita untuk terus mengabdikan diri kepada Allah swt.

Semoga segala kebaikan yang dilakukan oleh kita diredahai-Nya.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

Jesteru itu, pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan Salam Aidilfitri 1436 H – 2015 kepada semua ahli, guru, jurulatih yang beragama Islam di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Bersama-sama kita menghadiahkan doa kepada roh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab, Guru Utama pertama PSGFM yang telah pergi meninggalkan kita pada 2009. Tidak dilupakan doa untuk roh para guru silat yang telah berbakti pada masa lepas untuk kepentingan bangsa Melayu, Agama Islam dan rakyat Malaysia khasnya.

Salam Aidilfitri 2015 – Maaf Zahir dan Batin.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com